Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Friday, November 25, 2016

PROGRAM MEMBARA PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI KG.TANAH MERAH.

Media UMNO Batu Sapi.zh
24 Nov, 2016 :8.00pm

En. Zantapha Zinal Abidin, PPM Sekong merangkap Setiausaha Umno Bahagian mewakili YB Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, telah menyampaikan salam serta maaf dari YB Datuk atas ketidak hadiran beliau di sebabkan mempunyai kometmen di DUN Sabah, Zan seterusnya menyempurnakan perasmian "Program Membara" Umno Bahagian Batu Sapi, yang telah berlangsung di Balai raya Kg. Tanah Merah, dalam Parlimen Batu Sapi Sandakan.

Selain daripada menjelaskan isu- isu semasa, Zantapha juga telah wakil YB Datuk Samsudin, untuk menyerahkan bantuan berupa keperluan dapur, kepada balu- balu yang berada diKampung tersebut.

Hadir sama di majlis tersebut En. Jaafar Jakaria, Ahli Majlis MPS, En. Abidin Jinal Abidin, CDO Karamunting, En. Zainudin Hassan, Penyelia, UPPM, Tuan Haji Khampitan, Ajk Bahagian, En.Zai Kambar,Ajk Bahagian,Tuan Hj. Abada Atalad, Pemaju Mukim Karamunting, Tuan Haji ahmad Sahi, Ketua Kampung, En. Lingkatan Ketua Kampung Kg Gelam serta  penduduk-penduduk kampung Tanah Merah.

Wednesday, November 23, 2016

PERASMIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG MURID SK GAS BATU SAPI.

Media UMNO Batu Sapi.Zh
24.11.2016.8.30 pagi.

Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama tuan-tuan dan puan-puan pada hari yang penuh bermakna ini dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2016. Sebelum meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya ingin merakamkan salam dari YB Datuk Haji Samsudin Haji Yahya, Wakil Rakyat N.43 Sekong dan juga merangkap Ketua Umno Bahagian Batu Sapi kerana tidak dapat bersama-sama kita pada hari ini di sebabkan beliau berada di  persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah sehingga esok.

Zantapha Zainal Abidin selaku wakil YB Datuk merakam ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput YB Datuk ke majlis ini dan seterusnya menyampaikan sijil kecemerlangan kepada penerima anugerah.

Tambah Zantapha, majlis pada hari ini merupakan satu  kesepaduan yang akrab terjalin antara guru, pelajar, dan ibu bapa demi merealisasikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlangan, oleh itu, janganlah dilihat majlis ini sebagai suatu upacara dan meraihkan semata-mata. Lebih daripada itu, acara pada pagi ini merupakan suatu simbolik yang memaknakan kejayaan semua pihak, iaitu individu atau entiti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari di sebalik  kecemerlangan yang telah dirintis oleh mereka. 

Diakhir ucapan, En.Zantapha dengan lafaz bismillahirshmannirahim telah merasmikan  Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Rendah Kebangsaan Gas dengan jayanya..amin

PROGRAM MEMBARA PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT TAMAN POH HING, BATU SAPI


Media UMNO Batu Sapi.Zh
23.11.2017.8.00pm

En. Zantapha Zainal Abidin, PPM Sekong, telah mewakili YB. Datuk Haji Samsudin Yahya, hadir bagi menyempurnakan Program Membara anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian, bagi tujuan menjelaskan isu-isu semasa kepada penduduk Taman Poh Hing, Batu Sapi.

Penduduk yang hadir, diberi kesempatan untuk mengemukaan masalah yang dihadapi di Taman ini,  dalam sesi dialog yang diadakan.

Sementara itu, satu acara kejutan bagi meraikan hari jadi kpd 2 orang penduduk
yang hadir diMajlis tersebut.

Hadir sama En. Jaafar Jakaria, Ahli Majlis MPS, Tuan Haji Jamal Pinandis, Pengerusi Biro Aduan Awam Bahagian, Tuan Haji Jinal Sulaiman, Pengerusi JKKK, Staff UPPM, Ajk Bahagian, Wanita, Pemuda Umno Bahagian Batu Sapi

PERASMIAN HARI KECEMERLANGAN SK PULAU SANGHAI

Media UMNO Batu Sspi.
23.11.2016.11.pm

Batu Sapi - En.Zantapha Zainal Abidin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat merangkap Setiauaha UMNO Bahagian Batu Sapi, selepas merasmikan Kecemerlangan SK Pulau Tronglit Zan bersama rombongan bergegas ke SK Sanghai untuk merasmikan program yang sama iaitu Anugrah hari  kecemerlangan murid .

Dalam ucapan singkatnya,Zan menyampaikan salam dan maaf  kerana YB Datuk tidak dapat bersama -sama bagi merasmikan Majlis hari kecemerlangan murid di SK Sanghai pada hari ini.

Dan YB Datuk juga berpesan kepada anak murid-murid yang mendapat keputusan terbaik akan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan seperti yang di kecapi seperti hari ini, kepada murid -murid yang tidak cemerlang juga berusaha lah hingga berjaya dimasa akan datang pendidikan ini amat perlu untuk kamu menerajui pekerjaan kelak. Saya mendoakan semoga anak-anak pulau ini berjaya dan menjadi orang yang berjasa kepada negara bangsa dan agama pada suatu hari nanti.amin..

Zan sekaligus merasmikan majlis hari kecemerlangan murid-murid SK Sanghai dengan jaya.....

Tuesday, November 22, 2016

SK PULAU TRONGLIT - GRADUASI MURID

Media UMNO Batu Sapi.ZH
23.11.2017

Batu Sapi - Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan N.43 Sekong, En.Zantapha Zainal Abidin bersama rombongan Staff UPPM telah memenuhi jemputan sebagai perasmi garuasi kecemerlangan murid-murid di Sekolah Rendah Pulau Tronglit bagi mewakili YB Datuk Haji Samsudin Yahya, Wakil Rakyat Sekong.

Zan, dalam ucapannya terlebih dahulu menyampaikan salam kemaafan dari YB Datuk kerana tidak dapat bersama-sama menjayakan program Graduasi murid pada hari ini disebabkan YB Datuk mempunyai kometmen di Dewan Undangan Negeri Sabah.

"Kometmen guru-guru bersama persatuan ibubapa (PIBG) menjayakan program kecemerlangan murid yang di anjurkan hampir setiap tahun untuk mengalakkan murid-murid  berusaha gigih mencapai kelulusan yang baik". Kata Zan semasa memberi ucapan

Tambah beliau lagi, Tahun ini adalah yang sangat mencabar kepada murid-murid yang menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2016. Di seluruh malaysia pada tahun 2015 peperiksaan UPSR yang mendapat kecemerlangan dianggarkan 48 ribu murid. Pada tahun ini ianya merusut hampir 80%, ini adalah finomina biasa kerana pihak Kementerian telah memperkenalkan sistem peperisaan baharu iaitu KBAT  (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).  insallah ditahun hadapan saya yakin murid-murid akan dapat menguasai sistem KBAT dengan syarat memberi perhatian penuh dalam pembelajaran yang akan di ajarkan oleh guru-guru kamu di sekolah ini....amin

Sebelum mengakhiri ucapan Zan berpesan kepada murid-murid yang akan melangkah ke Sekolah Tingkatan satu tahun depan, belajarlah bersunggu-sunggu jika kamu mempunyai pendidikan yang baik ianya akan meroba kehidupan kamu di masa hadapan, dan pesan YB Datuk juga, beliau ingin melihat anak-anak kampung Pulau Tronglit ini ada yang berjaya menjadi Doktor, Polis serta di profision yang lebih baik....Insallah




  

Monday, November 21, 2016

PERASMIAN HARI KECERMELANGAN PELAJAR SK KG BAMBANGAN - UPPM

Oleh MEDIA Batu Sapi.ZH

En.Zantapha Zainal Abidin Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.43 Sekong yang juga merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Batu Sapi, telah menyempurnakan hari graduasi kecemerlangan murid-murid Sekolah Rendah Kampung Bambangan Sandakan bagi mewakili YB Datuk Haji Samsudin Yahya ADUN N.43 Sekong.

Beliau ketika memberi ucaptamanya terlebih dahulu merakamkan salam dan maaf dari YB Datuk atas ketidak hadirannya bersama pada hari ini. Zantapha menyarankan kepada persatuan ibubapa (PIBG) sekolah berkenaan agar sentiasa memberi kerjasama kepada pihak guru-guru sekolah, bahkan katanya lagi PIBG juga hendaklah melihat sekeliling persekitaran sekolah ini kalau-kalau ada inspraktuktor bangunan yang sudah rosak dan memerlukan pembaikkan dengan segera.

Tambahnya lagi, Ibubapa juga diingatkan agar mengambil tahu pembelajaran anak-anak di sekolah dan juga ketika mereka berada di rumah pada waktu malam. Tanggungjawab memberi pendidikan ini bukan sahaja diletak di bahu guru-guru semata-mata, kita ibubapa juga harus mengajar mereka dengan ilmu didikan rohani dan agama.

Sebelum mengakhiri ucapannya Zantapha telah menyampaikan sumbangan YB Datuk kepada pihak PIBG sebanyak RM 1000 untuk kegunaan melaksanakan program - program pibg di sekolah dan sebagainya.





Sebelum 

Wednesday, November 16, 2016

MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG 2016 SK. SEGALIUD - DUN SEKONG.

Media UMNO Batu Sapi.ZH
17.11.2016 - 8.00am

YB. Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, merangkap Adun N.43 Sekong, pagi ini telah menyempurnakan perasmian  Majlis Garuasi pelajar Cemerlang SK Segaliud, yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kg. Segaliud .
 
Wakil Rakyat, dalam ucapan beliau telah merakamkan setinggi tahniah kepada En. Abd Rait Osman, selaku Guru besar dan barisan pendidik Sekolah ini, yang sentiasa berusaha untuk memertabatkan anak-anak murid kampung ini hingga mengadakan majlis garuasi sekaligus memberi pengiktirafan atas kejayaan anak-anak murid seolah segaliudini.

"Anugerah Pelajar Cemerlang merupakan satu pengiktirafan yang diberikan sebagai tanda bahawa kesunguhan anak-anak murid ini sentiasa di beri penghormatan, dan juga mereka akan  terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan bila mereka melangkah ke sekolah menengah kelak mereka juga akan terus berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang kerana anak-anak ini sudahpun diasuh dari peringkat bawah lagi" insallah mereka akan berjaya.



Tambah Datuk Samsudin sebelum merasmikan majlis garuasi ini, dengan adanya penganugerahan ini, saya meletakan harapan yang tinggi agar ianya menjadi pemangkin kepada pelajar lain, akan terus gigih berusaha,  bagi mencapai kecemelangan dalam pendidikan. Sementara itu Ibu Bapa juga disarankan agar peka dengan persekitaran anak-anak, dengan memberi sokongan kepada pihak sekolah sebagai dorongan kejayaan  mereka.

Kerajaan melalui pelbagai agensinya, sentiasa sahaja komited, untuk memberi bantuan bagi tujuan melahirkan pelajar yang cemerlang dan berjaya, kata beliau.

Hadir sama En. Zantapha Zinal Abidin, PPM, En. Kuning Kadir, Pengerusi PIBG,Staff UPPM Sekong, dan Ajk Bahagian Umno Batu Sapi.

Diakhir ucapan perasmiannya, YB Datuk  mengingatkan ibubapa supaya jangan mengharap segalanya kepada Guru untuk mendidik anak-anak ini, tanggungjawab kita sebagai ibubapa kepada mereka juga perlu di galas untuk mendidik mereka bila mereka berada di rumah.