Media UMNO Batu Sapi.zh
24 Nov, 2016 :8.00pm
24 Nov, 2016 :8.00pm
En. Zantapha Zinal Abidin, PPM Sekong merangkap Setiausaha Umno Bahagian mewakili YB Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, telah menyampaikan salam serta maaf dari YB Datuk atas ketidak hadiran beliau di sebabkan mempunyai kometmen di DUN Sabah, Zan seterusnya menyempurnakan perasmian "Program Membara" Umno Bahagian Batu Sapi, yang telah berlangsung di Balai raya Kg. Tanah Merah, dalam Parlimen Batu Sapi Sandakan.
Selain daripada menjelaskan isu- isu semasa, Zantapha juga telah wakil YB Datuk Samsudin, untuk menyerahkan bantuan berupa keperluan dapur, kepada balu- balu yang berada diKampung tersebut.
Hadir sama di majlis tersebut En. Jaafar Jakaria, Ahli Majlis MPS, En. Abidin Jinal Abidin, CDO Karamunting, En. Zainudin Hassan, Penyelia, UPPM, Tuan Haji Khampitan, Ajk Bahagian, En.Zai Kambar,Ajk Bahagian,Tuan Hj. Abada Atalad, Pemaju Mukim Karamunting, Tuan Haji ahmad Sahi, Ketua Kampung, En. Lingkatan Ketua Kampung Kg Gelam serta penduduk-penduduk kampung Tanah Merah.

No comments:
Post a Comment