Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Wednesday, November 23, 2016

PERASMIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG MURID SK GAS BATU SAPI.

Media UMNO Batu Sapi.Zh
24.11.2016.8.30 pagi.

Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama tuan-tuan dan puan-puan pada hari yang penuh bermakna ini dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2016. Sebelum meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya ingin merakamkan salam dari YB Datuk Haji Samsudin Haji Yahya, Wakil Rakyat N.43 Sekong dan juga merangkap Ketua Umno Bahagian Batu Sapi kerana tidak dapat bersama-sama kita pada hari ini di sebabkan beliau berada di  persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah sehingga esok.

Zantapha Zainal Abidin selaku wakil YB Datuk merakam ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput YB Datuk ke majlis ini dan seterusnya menyampaikan sijil kecemerlangan kepada penerima anugerah.

Tambah Zantapha, majlis pada hari ini merupakan satu  kesepaduan yang akrab terjalin antara guru, pelajar, dan ibu bapa demi merealisasikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlangan, oleh itu, janganlah dilihat majlis ini sebagai suatu upacara dan meraihkan semata-mata. Lebih daripada itu, acara pada pagi ini merupakan suatu simbolik yang memaknakan kejayaan semua pihak, iaitu individu atau entiti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari di sebalik  kecemerlangan yang telah dirintis oleh mereka. 

Diakhir ucapan, En.Zantapha dengan lafaz bismillahirshmannirahim telah merasmikan  Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Rendah Kebangsaan Gas dengan jayanya..amin

No comments:

Post a Comment