Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Saturday, November 12, 2016

UMNO BAHAGIAN P.185 BATU SAPI, SIAP SIAGA MENGHADAPI PRU KE 14 BILA-BILA MASA SAHAJA.

Media UMNO Batu Sapi.ZH

BATU SAPI  – Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Y.B Datuk Haji Samsudin Yahya merangkap Ahli Dewan Undangan N.43 Sekong  berkata UMNO batu sapi sentiasa siap sedia menghadapi Pilihanraya ke 14 pada bila-bila masa sahaja termasuk cabaran kemunculan parti baharu pimpinan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pemberian bendera BN kepada 162 ketua-ketua cawangan umno beserta T,Shirt UMNO sebagai persiapan jentera untuk menghadapi Pru ke 14 di samping taklimat khas dari Ketua UMNO Bahagian sendiri kepada seluruh hardko UMNO batu sapi pagi ini di Dewan tertutup PPR batu sapi.

Datuk Samsudin juga menyifatkan penubuhan parti baharu oleh ramai bekas pemimpin UMNO sebelum ini sebagai perkara lumrah, Datuk Samsudin yang juga Pengerusi Barisan Nasional batu sapi menambah bahawa UMNO dan BN tidak gusar sebaliknya akan menumpukan perhatian kepada gerak kerja dan seterusnya  memperkukuh kekuatan parti.

"Pemergian bekas pemimpin UMNO dan menubuhkan parti baharu sudah menjadi kebiasaan di Negeri Sabah, kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana kita tahu siapa kawan dan siapa lawan menjelang pilihanraya. Nasihat beliau kepada jentera umno batu sapi yang hadir agar jangan terpedaya dengan ungkitan dan membalas jasa kepada bekas pemimpin umno ini, ingatlah pemberian projek dari mereka itu ialah pemberian Kerajaan Barisan Nasional ketika mereka memegang jawatan Menteri bukannya hak milik peribadi mereka dan kalau bukan mereka menjadi Menteri tidak mungkin mereka dapat memberikan projek ataupun peruntukan sedemikian". nasihat ini di ikuti sorakan gemuruh dari ketua-ketua cawangan dan jentera yang hadir.

Ujar Datuk Samsudin lagi,  UMNO dan BN teguh dan kuat kerana ia mempunyai misi dan visi yang jelas dalam mentadbir negara dan bekerja tanpa mengira musim untuk membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat termasuk di Sabah serta menjamin keselamatan negara.  Tidak seperti pembangkang mereka hanya hadir atau tampil bilamana kalau menjelang Pilihanraya sahaja, bila hasrat mereka ingin merebut tempat tidak kesampaian maka mereka akan hilang buat seketika dan akan muncul lagi bila menjelang pilihanraya begilah hakikatnya pembangkang.
Tambah beliau, kepimpinan yang sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman adalah yang terbaik maka kepimpinan sedemikian perlu diberi sokongan untuk masa depan anak cucu dan cicit kita akan datang. 

Datuk Samsudin menambah, sejak UMNO bertapak di Sabah selama 25 tahun, jelas bahawa Sabah menikmati kestabilan politik yang memberi ruang kepada kepimpinan negara dan negeri menumpukan perhatian kepada membangunkan Sabah dan rakyatnya.

“Ini boleh dibuktikan dengan pembangunan begitu pesat di seluruh Sabah, termasuk di kawasan Parlimen batu sapi ini. Dahulu di batu sapi jalan raya hanya satu hala kini menjadi dua hala, dulu tidak ada Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini kita ada seribu unit termasuk di PPR Lintas Sibuga, dulu batu sapi tidak ada Masjid Besar kini kita ada Masjid Wassyatiah batu sapi, dulu rakyat tidak dapat menikmati bantuan Projek Bantuan Rumah Termiskin (PBRT) kini hampir 2000 orang rakyat telah mendapat bantuan ini, bahkan projek membaik pulih rumah rakyat juga giat di jalankan khusus di kawasan batu sapi".

"Bukan sahaja bantuan pembangunan yang telah di salurkan Kerajaan Barisan Nasional malah BR1M juga dan bantuan elaun sara hidup kepada para nelayan juga diberikan serta warga emas juga tidak dilupakan mendapat bantuan elaun sara hidup setiap bulan Rm 300. Yuran awal persekolahan Rm100 kepada setiap murid sekolah rendah dan menengah dan di tambah dengan bantuan  Rancangan Makanan Tambahan kepada murid - murid yang miskin dan banyak lagi bantuan di berikan hasil dari kerajaan Barisan Nasional".

No comments:

Post a Comment