Oleh S.Zainuddin Hassan,
Y.B Datuk Haji Samsudin Yahya, Wakil Rakyat Barisan Nasional Kawasan DUN N. 43 Sekong, bersama rombongan hari ini telah membuat lawatan kerja ke zon kepulauan yang melibatkan 3 buah kampung iaitu, Kg. Shangai, Kg.Tronglit dan Kg. Baharu, Lawatan kerja ini adalah satu rutin kerja wakil rakyat sekong untuk melihat sendiri pembangunan yang dibina menepati keserasian masyarakat disitu.

Antara projek pembangunan yang di rancang ialah pembinaan Masjid Kongrik baharu, dan 2 buah jambatan konkrit dipulau Shangai yang sedang dalam pembinaan.
Tinjauan kali ini juga melibat kan sebuah lagi tapak cadagan sebuah Masjid konkrit Baharu bertempat di Kg Tronglit. Y.B Datuk selepas meninjau tapak masjid tersebut, beliau terus bergegas ke satu lagi zon pulau iaitu kampung baru, yang mana perjalanan ke lokasi berkenaan dengan mengunakan Bot laju, yang memakan masa hampir 20 minit untuk sampai ke lokasi berkenaan. Y.B kali ini meninjau Projek yang sedang dalam pembinaan iaitu Dewan serbagun.
Turut serta dalam lawatan kerja ini Pn. Hazulizah Md. Dani, Ketua Puteri Batu Sapi, Cik Khatijah Ebarahim, Naib Ketua Puteri, En. Iqbal Ag. Damit Pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Ustaz Embran Osman, Pegawai Pembangunan Luar Bandar Majlis Perbandaran Sandakan. En. Jafaar Jakaria, Ahli Majlis MPS, Staff UPPM Sekong, dan Ajk Puteri Umno Batu Sapi.
Y.B Datuk, juga telah merasmikan program pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi, Membara "We Care" kepada Zon kepulauan yang juga melibatkan 3 buah kampung pulau tronglit,Kg.pulau sirabut dan Kg. baru. Dan Seramai 32 orang anak-anak sekolah rendah dari tiga buah kampung ini telah menerima beg sekolah baharu, manakalah 12 warga emas menerima barangan perkakas dapur moden dan 3 ketua puteri cawangan telah menerima mesin basuh eletrik.

No comments:
Post a Comment