Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Wednesday, October 26, 2016

PERASMIAN PROGRAM MEMBARA "GENERASI WANITA PRIHATIN - PRIHATIN BERILMU"

BATU SAPI - YB Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi merangkap ADUN N.43 Sekong telah merasmikan program membara anjuran pergerakan puteri umno bahagian bertempat di dewan kampung sagaliud Sandakan.

Antara pengisian program ialah menyampaikan bantuan bag sekolah kepada 30 orang murid yang kurang berkemampuan, sehubungan itu Ketua pergerakan puteri umno bahagian juga telah menyampaikan bantuan mesin basuh elitrik kepada 5 orang ketua puteri cawangan di kampung berkenaan.

YB Datuk dalam ucapan perasmian berkata, penyampaian bantuan ini bukan lah kali pertama disampaikan kepada anak-anak sekolah rendah tersebut, bahkan program seumpama  ini telah banyak di salurkan mengikut keperluan. Bukan sahaja wakil rakyat atau Membara puteri bahkan pihak GLC juga turut membantu untuk meringan beban ibu bapa murid. Beliau mengucapkan syabas kepada Ketua pergerakan Puteri Puan Hazuliza Binti Mohd Dani atas daya usaha beliau menyalurkan bantuan tersebut  kepada yang memerlukan, dengan  mengunakan peruntukan ADUN  dengan sebaik mungkin .

Ujar Datuk lagi, Skim bantuan awal persekolahan RM 100, kuam dan RMT disalurkan oleh kerajaan demi untuk membantu mengurangkan beban ibu bapa.

YB Datuk Haji Samsudin Yahya,  perbagai skim yang di sediakan oleh kerajaan BN secara sekaligus "one-off" mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

Akhir ucapan YB Datuk, merasmikan program MENBARA Puteri Umno Bahagian Batu Sapi dèngan penuh harapan anak - anak dari perkampungan ini disuatu hari akan lebih berdaya saing dan menjadi pemimpin Negara pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment