S.Zainuddin Hassan,
SEMPORNA- 22 Okt, UMNO Bahagian Semporna masih utuh dan berada di landasan yang betul dalam perjuangan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
SEMPORNA- 22 Okt, UMNO Bahagian Semporna masih utuh dan berada di landasan yang betul dalam perjuangan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Naib Prediden itu berkata, UMNO keseluruhannya menerima hakikat bekas Ketua Bahagian berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal telah memilih jalan lain bersesuaian dengan prinsip serta pendirian beliau meninggal UMNO Semporna, kita hormati.
Hishammuddin juga mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua UMNO Bahagian yang turut hadir bersama pagi ini, tidak lupa juga Ybhg.Tun Sakaran Dandai vetren UMNO negeri Sabah turut hadir memberi sokongan padu kepada UMNO disini.
Ujar beliau lagi, tahniah kepada UMNO Bahagian Semporna yang kini diterajui Pemangku Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun Sakaran, pucuk pimpinan Presiden tidak bimbang dengan tindakan Mohd Shafie bersama beberapa pemimpin lain di bahagian itu meninggalkan parti, jelas hari ini UMNO semporna masih kukuh tidak seperti yang di war-warkan pihak mereka bahawa umno disemporna sudah tidak bermaya dan lumpuh.
Tamba beliau, "Kita tidak gusar dan tetap membawa perjuangan parti kerana UMNO bukan milik peribadi atau diwarisi daripada datuk dan moyang kita. Lumrah dalam politik, ada pemimpin datang dan pergi tinggalkan parti. Kita kena sedar perjuangan parti lagi utama daripada kepentingan peribadi,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini, hari ini.
Hampir 5,000 anggota UMNO bahagian berkenaan hadir pada mesyuarat itu. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin dan veteran UMNO Sabah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah pertama Tun Sakaran Dandai.
Hishammuddin berkata masalah dalam UMNO membabitkan pemimpin keluar daripada parti bukanlah perkara baharu dan pernah berlaku sejak penubuhan parti tersebut.
Beliau berkata segala yang berlaku ada hikmahnya dengan UMNO menghadapi dan mengambil tindakan dalam keadaan matang tanpa perasaan kecewa dan marah. "kita kena buat pilihan, kawan dan perjuangan…keluarga dan parti…pemimpin dan parti."
Beliau berkata semua anggota UMNO perlu kembali kepada asas perjuangan parti untuk mengatasi dan mengawal masalah tersebut bagi meneruskan perjuangan parti.
— Media UMNO Batu Sapi.
S.Zainuddin Hassan, [23.10.16 18:12]
[ Photo ]

No comments:
Post a Comment