Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Tuesday, November 22, 2016

SK PULAU TRONGLIT - GRADUASI MURID

Media UMNO Batu Sapi.ZH
23.11.2017

Batu Sapi - Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan N.43 Sekong, En.Zantapha Zainal Abidin bersama rombongan Staff UPPM telah memenuhi jemputan sebagai perasmi garuasi kecemerlangan murid-murid di Sekolah Rendah Pulau Tronglit bagi mewakili YB Datuk Haji Samsudin Yahya, Wakil Rakyat Sekong.

Zan, dalam ucapannya terlebih dahulu menyampaikan salam kemaafan dari YB Datuk kerana tidak dapat bersama-sama menjayakan program Graduasi murid pada hari ini disebabkan YB Datuk mempunyai kometmen di Dewan Undangan Negeri Sabah.

"Kometmen guru-guru bersama persatuan ibubapa (PIBG) menjayakan program kecemerlangan murid yang di anjurkan hampir setiap tahun untuk mengalakkan murid-murid  berusaha gigih mencapai kelulusan yang baik". Kata Zan semasa memberi ucapan

Tambah beliau lagi, Tahun ini adalah yang sangat mencabar kepada murid-murid yang menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2016. Di seluruh malaysia pada tahun 2015 peperiksaan UPSR yang mendapat kecemerlangan dianggarkan 48 ribu murid. Pada tahun ini ianya merusut hampir 80%, ini adalah finomina biasa kerana pihak Kementerian telah memperkenalkan sistem peperisaan baharu iaitu KBAT  (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).  insallah ditahun hadapan saya yakin murid-murid akan dapat menguasai sistem KBAT dengan syarat memberi perhatian penuh dalam pembelajaran yang akan di ajarkan oleh guru-guru kamu di sekolah ini....amin

Sebelum mengakhiri ucapan Zan berpesan kepada murid-murid yang akan melangkah ke Sekolah Tingkatan satu tahun depan, belajarlah bersunggu-sunggu jika kamu mempunyai pendidikan yang baik ianya akan meroba kehidupan kamu di masa hadapan, dan pesan YB Datuk juga, beliau ingin melihat anak-anak kampung Pulau Tronglit ini ada yang berjaya menjadi Doktor, Polis serta di profision yang lebih baik....Insallah




  

No comments:

Post a Comment