Oleh MEDIA Batu Sapi.ZH
En.Zantapha Zainal Abidin Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.43 Sekong yang juga merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Batu Sapi, telah menyempurnakan hari graduasi kecemerlangan murid-murid Sekolah Rendah Kampung Bambangan Sandakan bagi mewakili YB Datuk Haji Samsudin Yahya ADUN N.43 Sekong.
Beliau ketika memberi ucaptamanya terlebih dahulu merakamkan salam dan maaf dari YB Datuk atas ketidak hadirannya bersama pada hari ini. Zantapha menyarankan kepada persatuan ibubapa (PIBG) sekolah berkenaan agar sentiasa memberi kerjasama kepada pihak guru-guru sekolah, bahkan katanya lagi PIBG juga hendaklah melihat sekeliling persekitaran sekolah ini kalau-kalau ada inspraktuktor bangunan yang sudah rosak dan memerlukan pembaikkan dengan segera.
Tambahnya lagi, Ibubapa juga diingatkan agar mengambil tahu pembelajaran anak-anak di sekolah dan juga ketika mereka berada di rumah pada waktu malam. Tanggungjawab memberi pendidikan ini bukan sahaja diletak di bahu guru-guru semata-mata, kita ibubapa juga harus mengajar mereka dengan ilmu didikan rohani dan agama.
Sebelum mengakhiri ucapannya Zantapha telah menyampaikan sumbangan YB Datuk kepada pihak PIBG sebanyak RM 1000 untuk kegunaan melaksanakan program - program pibg di sekolah dan sebagainya.
Sebelum

No comments:
Post a Comment