Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Tuesday, November 15, 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAPM DAN E- KASIH SK. KG. BAHAGIA BATU SAPI

15 Nov, 2016 :
Media UMNO Batu Sapi.ZH

Yb. Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, merangkap Adun N.43 Sekong, telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian bantuan Kwapm dan E- Kasih kepada 308 orang pelajar Sk. Kg. Bahagia.



Datuk Samsudin Yahya, dlm ucapannya telah merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada En. Asmat Aliaman serta guru2 yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Sementara itu, mengingatkan agar ibu bapa juga memainkan peranan yg sama, saling berganding bahu bersama guru2 bagi mempastikan kejayaan anak mereka dalam pelajaran.

Kerajaan yang ada, sentiasa sahaja memberi pelbagai bantaun dan komited, dalam melahirkan anak2 kita berjaya dalam bidang pendidikan, dan jangan beranggapan kekurangan yang ada, dijadikan penghalang kepada kejayaan anak2, dalam pendidikkan kata beliau.

Dimasa yang sama, Datuk Haji Samsudin,telah mengumumkan bantuan PA Sistem
kepada pihak Sekolah, dan bantuan kewangan kepada Persatuan PIBG bagi menjalankan aktiviti Sekolah.

Hadir sama En. Asmat Aliaman, Guru Besar, Cik Khatijah Ebrahim, Naib Ketua Puteri, Pengerusi PIBG, Staff UPPM, Sekong, Ajk Bahagian, Pemuda dan Puteri Umno Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment