Oleh Media UMNO Batu Sapi.ZH
13 Nov 2016
BATU SAPI:- Pergerakan pemuda Umno telah menganjurkan Mini Karnival sukan rakyat di kampung gas perbagai jenis sukan rakyat diadakan khusus buat belia dan anak-anak kampung gas, pengelakkan kaum belia untuk menyertai satu-satu jenis sukan yang digemari adalah diutamakan.
Ketua Pergerakan Pemuda Tuan Haji Firdaus telah menyempurnakan perasmian penutupan Mini Karnival sukan rakyat tersebut pada petang 13 Nov 2016 kelmarin. Turut hadir Ketua Kampung Gas Tuan Haji Abdul Hakim Balahim bersama JKKK dan beberapa pemimpin kampung yang lain.
Firdaus dalam ucapannya, penglibatan belia ke arah bersukan ianya bukan sekadar untuk menyihatkan tubuh badan malah mental jua akan sihat dan sekaligus dapat mengindari para belia dari terjebak melakukan perkara-perkara negatif seperti terlibat dalam pengambilan dadah dan sebagainya.
Tamba Firdaus, YB Datuk Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi telah menyampaikan salam atas ketidak hadiran beliau kerana mempunyai kometmen di program berlainan di kawasan Dewan PPR batu sapi hari ini.
“Firdaus berharap kejohanan Futsal tertutup kampung gas dan sukan rakyat ini akan memberi gelakan yang baik kepada belia dan beliawanis dan ianya tidak terhenti di sini sahaja, saya akan memastikan anjuran seperti ini akan di jadikan sebagai program tahunan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Batu Sapi. Dan acara ini apa yang saya lihat dapat menerap nilai-nilai murni dan semangat jati diri generasi muda dalam membetuk budaya yang sihat".

No comments:
Post a Comment