Media UMNO Batu Sapi.ZH
13.Nov 2016 / jam 10.00pagi
Tuan Haji Firdaus Datuk Akhbar Khan Ketua Pergerakan pemuda Umno batu sapi telah merasmikan penutupan kursus Fardu Kifayah anjuran Pergerakan pemuda yang berlangsung di Masjid kampung Bahagia jalan batu sapi petang kelmarin 13/11/2016.
Program ini telah dilaksanakan pada 12 Nov 2016 sehari sebelum perasmian penutupan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi, program ini telah dihadiri seramai 50 orang penyertaan dari kalangan remaja hinggalah warga emas. Objektif kursus ini ialah untuk memberikan ilmu pengetahuan dan juga penambahan serta pengembangan ilmu pengetahuan terhadap bidang fardhu kifayah terutamannya dalam hal yang berkaitan dengan Pengurusan Jenazah.
Penceramah kursus ini ialah Tuan Imam Haji Mohd Jalim bin Haji Saramalih, Imam Masjid Daerah Beaufort.Kursus ini telah terbahagi kepada dua topik utama iaitu Ceramah Tatacara Pengurusan Jenazah dan juga Amali dan Praktikal Tatacara Pengurusan Jenazah
No comments:
Post a Comment