Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Tuesday, November 15, 2016

TAKZIAH BUAT ALLAHYARHAM ISMAIL BIN MOHAMAD ALI - ZIARAH PEMIMPIN

Media UMNO Batu Sapi .
15.11.2016

BATU SAPI  - Sejurus selesai Program perasmian penyampaian bantuan KWAPM dan E- Kasih kepada SK Kg Bahagia, Yang Berhormat Datuk Haji Samsudin Yahya Wakil Rakyat N.43 Sekong terus bergegas ke kampung Bakau yang terletak dalam kawasan Parlimen batu sapi, bagi menziarahi seorang ahli cawangan Allahyarham Ismail Mohamad ALi.

Arwah dikatakan meninggal dunia disebabkan sakit tua, dan ketika wafatnya arwah berusia 68 tahun, meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak dewasa.

YB Datuk telah menyampaikan ucapan takziah kepada Balu Allahyarham agar sentiasa tabah menghadapi dugaan daripada Allah S.W.T. Selepas Datuk Haji menyampaikan bantuan ehsan kepada Balu arwah, beliau bersama beberapa Jawatankuasa umno bahagian bergegas kesatu lagi lokasi di jalan seguntur batu 18 untuk menziarahi seorang lagi sahabat yang telah menemui Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment