07 Okt 2015 Published at Newfreesabahtoday.blogspot.com
YB Datuk Hj.Samsudin Yahya, ADUN N.43 Sekong, telah menyempurnakan perasmian penutupan kejohanan sukan sekolah pendalaman peringkat negeri sabah bagi kali ke 3, yang telah berlangsung selama 2 hari ,6 dan 7 Okt 2015, di padang komplex sukan Sandakan.
Datuk Samsudin dalam ucapannya, telah merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada pengelola dan pelaksana serta kesemua pegawai-pegawai yang terlibat kontengen sekolah pendalaman daripada 24 Daerah seluruh Negeri Sabah.
Photo pelepasa belon tanda penutupan sukan pendalaman.
Dengan adanya kejohanan seperti ini, ianya merupakan satu landasan terbaik bagi mengketengahkan bakat-bakat muda dari kawasan pendalaman untuk melahirkan atlet yang boleh bersaing diperingkat negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
Program sukan yang mula diperkenalkan sejak 2011 ,selaras dengan dasarnya iaitu satu murid satu sukan. dan sudah pastinya akan menjadi saluran terbaik dalam melahirkan modal insan yang berketrampilan dan cemerlang, kata beliau.
Photo penyerahan Bendera Kejohanan Sukan Pendalaman kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kudat.
Penyerahan bendera sukan kejohanan kepada Pegawai Pendidikan Kudat oleh YB Datuk Sam, bermaknah tahun hadapan sukan pendalaman ini Daerah Kudat akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan pendalaman bagi kali ke 4.



No comments:
Post a Comment