Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Thursday, October 8, 2015

KEMALANGAN VAN PENGANKUTAN AWAM DI JALAN LINTAS SIBUGA.

8 Okt 2015, jam 6.30 pagi.

Ulu Sibuga - Kemalangan berlaku di kilomiter 8 Jalan Lintas Ulu Sibuga, kemalangan tersebut melibatkan 3 buah kenderaan, Kenari, Exora dan Van pengangkutan Awam. Dua kenderaan Individu berkenaan menuju ke batu sapi, manakala Van pengangkutan awam tersebut menuju kejalan ulu sibuga sarat dengan penumpang anak-anak sekolah.

Van pengangkutan awam tersebut di katakan telah terbabas ke laluan bertentangan yang menuju ke jalan batu sapi, hingga menyebabkan dua buah kenderaan awam dilaluan menuju batu sapi di terlibat di langgar Van berkenaan. 

Dilaporkan,  tiada kemalangan jiwa berlaku, walau bagaimana pun Van pengangkutan awam tersebut telah melakukan kesalahan LPKP kerana mengangkut penumpang diluar kawasan laluan yang telah dihadkan oleh LPKP.

Ibu kepada seorang mangsa yang terlibat dalam Van berkenaan, meminta kepada pihak berkuasa agar mengawasi Van-Van Pengangkutan ini kerana terlalu laju bila memandu dengan sarat muatan, bukan sahaja ketika kemalangan berlaku, malah di jalan batu sapi juga mereka memandu terlalu laju.

Curitan di luahkan oleh penguna jalan raya.

No comments:

Post a Comment