Perdana Menteri berkata, syarikat 1MDB yang mendapat kritikan
daripada pelbagai pihak sebenarnya banyak berjasa untuk pembangunan
Islam di Malaysia.
Merujuk
kepada projek menaik taraf Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Seri Najib
Razak berkata, sebahagian daripada kos RM20 juta yang diperlukan adalah
datang daripada Yayasan 1MDB.
Menurut perdana menteri, ahli
jawatankuasa masjid datang bertemu dengannya untuk mendapatkan bantuan
dana pembangunan semula masjid.
"Serta-merta saya bersetuju dan
luluskan. Saya minta Yayasan 1MDB yang malangnya banyak menerima
kritikan di media sosial sehari dua ini," katanya.
Najib berkata, jasa dan sumbangan 1MDB kepada umat Islam sangat besar. "Pada
asalnya bajet (pembinaan masjid) ini sedang-sedang, apabila
dilaksanakan ia semakin bertambah sehingga RM20 juta. Itu pun tidak
cukup lagi,” katanya ketika berucap sebelum menunaikan solat Jumaat di
Masjid Jamek Kampung Baru.
No comments:
Post a Comment