Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Tuesday, October 6, 2015

JEREBU, HAK ASASI RAKYAT TERGANGGU.

October 6, 2015
bundesliga

Photo at Published freesabahtoday.
Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada Kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami sektor perniagaan dan pelancongan serta hak asasi rakyat Malaysia  yang hidup harmoni tanpa pencemaran udara.

Keadaan udara yang sering berlaku saban tahun, berpunca dari kegagalan pihak Kerajaan Indonesia mengawal pembakaran terbuka oleh ladang-ladang besar disitu. Jerebu tersebut telah menyebabkan perniagaan penjaja merosot sehingga 30 peratus, manakala kos perubatan meningkat serta sekolah terpaksa di tutup.

Petikan dari ucapan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, Chew berkata di majlis perhimpunan pesta kuih bulan dan tanglung, baru-baru ini, jerebu sekali lagi, menyelubungi dan mencemari ruang udara Malaysia dan Singapura, berikutan aktiviti pembakaran hutan dan ladang untuk tanaman kelapa sawit serta pulpa di beberapa wilayah di Indonesia, antaranya Sumatera, Kalimantan dan Riau.

Susulan dari itu, Kementerian Pendidikan semalam mengumumkan semua sekolah di seluruh negara, kecuali di Labuan, Kelantan, Sabah dan Sarawak diarahkan tutup selama dua hari, mulai hari ini.

No comments:

Post a Comment