Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr.Salleh Said Keruak
sekali lagi menegaskan, kerajaan memberi tumpuan kepada kelajuan,
liputan dan kemampuan dalam pembangunan Internet di negara ini dan akan
memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus rakyat mempunyai akses
Internet, menjelasng 2020.
“Seperti yang saya nyatakan pada Isnin, kami bercadang menawarkan 95
peratus daripada perkhidmatan Internet kepada rakyat Malaysia menjelang
2020, iaitu cuma tinggal lima tahun dari sekarang. ” Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bercadang membelanjakan kira-kira RM9
bilion menjelang 2020, bagi mencapai matlamat ini, bagi mencapai
matlamat ini, kata Salleh menerusi catatan terbaru dalam blognya
sskeruak.blogspot.my, pada selasa malam.
Kerajaan, katanya juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus
kawasan bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100 megabit sesaat (Mbps).
“Fokus Malaysia ialah kelajuan, liputan dan kemampuan. ini bermakna,
kos kemampuan adalah satu perkara yang saya sedang kaji, juga perkara
yang dibandingkan oleh (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang,” katanya
yang di petik Bernama. Beliau berkata, kadar penembusan Internet di
Malaysia ialah 67 peratus daripada penduduk, ketika ini.
Jelasnya, walaupun ia masih rendah berbanding Korea Selatan (92
peratus), Brunei (75 peratus), Singapura(80 peratus) dan Taiwan (80
peratus), tetapi Malaysia jelas mendahului negara-negara lain di Asia.
Salleh berkata, purata kadar penembusan Internet di seluruh Asia
hanya 38.8 peratus, manakala 73.5 peratus bagi seluruh Eropah dan
pastinya Amerika Utara mengatasi negara-negara lain di dunia pada kadar
87.9 peratus.
Semalam, Lim yang juga penasihat DAP sekali lagi mengecam Salleh
dengan berkata, sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, tugasnya
adalah untuk menjadikan perkhidmatan Internet lebih murah dan popular.
Lim dalam satu kenyataan berkata, isu sekarang ialah kos untuk Internet
berkelajuan tinggi terlalu mahal, bukannya akyat Malaysia mempunyai
pelbagai pilihan kelajuan Internet, berbanding negara lain.
Sehubungan itu, katanya, rakyat berhak marah dan malu, kerana
kerajaan, khasnya menteri yang bertanggungjawab terhadap infrastruktur
Internet, gagal dalam tugasnya, menyebabkan negara kini ketinggalan di
belakang negara Asean lain, dari segi kemudahan dan purata kelajuan
Internet.
“Salleh membalas kritikan Lim itu dengan berkata, rakyat Malaysia
lebih gemar melanggan pakej murah, berbanding pakej mahal untuk Internet
berkelajuan tinggi.

No comments:
Post a Comment