Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Sunday, October 11, 2015

PENGENDALI LAMAN SOSIAL ‘SAYA SAYANG TUN DR MAHATHIR’ DIBURU PIHAK BERKUASA.

SSTDM DIBURU


KUALA LUMPUR: Pengendali dan penulis laman sosial Facebook, ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir’ (SSTDM) kini diburu pihak berkuasa berikutan kekerapan akaun itu yang dikatakan memuatnaik status tanpa kesahihan, menghasut serta memfitnah pemimpin negara.

Terkini pada 5 Oktober lalu, laman sosial yang dilihat sudah lebih cenderung seperti laman milik parti pembangkang, memuatnaik status mencerca Datuk Seri Najib Razak dengan menggelar pemimpin itu sebagai bangsat dan menuduh Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) sudah ditandatangani.

TPPA SSTDM
Status dimuatnaik pengendali SSTDM ini bagaimanapun dipadamkan selepas menerima kecaman penyokong mereka yang turut mendesak laman itu dibubarkan segera berikutan sering memuatnaik status cenderung memecahbelahkan orang Melayu dan menghasut membenci pemimpin negara tanpa asas.

ADUAN DIBUAT TERHADAP SSTDM

Difahamkan, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) oleh seorang pengguna kepada agensi itu pada 6 Oktober lalu dan siasatan dikatakan dikendalikan Unit Media Baru SKMM.

Menurut sumber, unit itu turut memantau sekurang-kurangnya lapan lagi laman sosial termasuk empat blog yang kerap memuatnaik penulisan bersifat jahat dan dilihat cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Tindakan yang diambil bukanlah sekatan kepada kebebasan bersuara tetapi perlu ada had kepada kebebasan itu iaitu tidak memuatnaik status tanpa asas, fitnah serta menghasut pengikut mereka untuk mempercayai apa yang ditulis hingga cenderung kepada aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Siasatan dilakukan berikutan adanya aduan rasmi diterima pihak SKMM dan kami sedang mengenalpasti siapakah disebalik laman sosial terbabit sebelum tindakan diambil,” kata sumber itu kepada MyNation.

BERDEPAN PENJARA DAN DENDA

Siasatan dikatakan dilakukan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan pengendali dan penulis SSTDM itu berdepan denda hingga RM50,000 atau penjara hingga setahun, jika sabit kesalahan.

Seksyen itu menyebut, seseorang itu melakukan kesalahan apabila menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar,
(i)      membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii)   memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain; atau
(b)   memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

RBA KUASAI SSTDM

Menurut satu sumber lain, laman SSTDM itu tidak lagi dikendali penulis pro kerajaan sejak selesainya Pilihanraya Umum ke 13 dua tahun lalu dan kini dikatakan dikuasai penyokong kuat PKR dan DAP.

“Berlaku pertelagahan antara penulis dan pentadbir (admin) laman itu hingga menyebabkan penyumbang lebih intelektual membuat keputusan untuk menarik diri berikutan tindakan beberapa penulis memuatnaik status bersifat fitnah  di akaun itu.

“Sejak itu, pengendali dan penulis asal SSTDM meninggalkan akaun itu dan ia kini dikendali mereka yang menyokong perjuangan parti pembangkang termasuk beberapa individu yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada tentera siber Red Bean Army,” kata sumber itu.

No comments:

Post a Comment