Selepas seorang lagi ditahan Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam isu
berkaitan 1MDB, Mahathir kini mula mengeluarkan kenyataan keras mengecam
Perdana Menteri.
Mahathir kelihatan tak senang apabila beberapa orang kanannya kini
ditahan dan disiasat berhubung dakwaan cuba menggulingkan kerajaan
Malaysia.
“Di mata dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang
sesiapa sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan
didakwa melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini,” tulis
beliau di blognya.
Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk
Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya Matthias Chang bawah
Sosma.
Mereka dikaitkan dengan dakwaan cuba mensabotaj negara ini selepas
Khairuddin membuat laporan berkaitan isu 1MDB di luar negara, termasuk
biro siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.
Katanya, ramai orang yang tahu berkaitan dakwaan salah laku dalam kes 1MDB tidak akan tampil kerana bimbang ditahan bawah Sosma.
Tindakan Mahathir ini dilihat sebagai terdesak kerana beliau serta
gerombolannya ternyata tidak berjaya menjatuhkan Perdana Menteri Najib
Razak seperti yang dilakukan kepada Pak Lah.
Mungkin selepas ini makin banyak kenyataan-kenyataan keras akan
dikeluarkan oleh Mahathir terhadap DS Najib. Walau bagaimanapun, semua
kritikan Mahathir semakin dipandang sepi oleh rakyat keseluruhan. – Atau munkin Mahathir sudah terlalu tua
dan mudah pelupa, hingga tindakannya dahulu semasa menjawat nombor 1
Malaysia (Perdana Menteri) berapa banyak pemimpin politik dia sumbat
kedalam ISA, antaranya yang paling dasyat Anwar Ibrahim.
Betullah kata Mahathir ini ” Melayu Mudah Lupa ” seperti ungkapannya sendiri.
No comments:
Post a Comment