BANGI – Mantan Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru agar masyarakat menilai tindak-tanduk
parti PKR dan parti pembangkang lain yang sebelum ini sering mengkritik
Barisan Nasional (BN) tetapi tidak membenarkan pihak lain untuk
mengkritik mereka.
” Katanya lagi, sekiranya orang luar
atau bukan anggota tiada hak mencampuri urusan dalaman PKR, wajarkah
atau adilkan PKR dan parti pembangkang lain diberi ruang menegur,
membidas dan membantah apa sahaja yang dilakukan atau disuarakan oleh
parti komponen Barisan Nasional,”Khalid berkata, Azmin adalah Menteri Besar Selangor yang gagal kerana menggunakan strategi politik murahan dalam pentadbirannya.
” Peluang yang diberikan rakyat untuk
membuktikan beliau seorang negarawan berjiwa besar setelah diangkat
menjadi Menteri Besar di persiakan.
” Jelas beliau tidak cuba bermuhasabah
dan mengambil tanggungjawab atas kegagalan melaksanakan prinsip urus
tadbir yang baik dalam pentadbiran negeri, sebaiknya beliau terus
sewenang-wenangnya mempersalahkan orang lain tanpa mengakui kelemahan
diri atau membaiki keadaan.
Isu ini timbul selepas beliau
dinasihatkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali supaya tidak
mencampuri urusan dalam PKR atas alasan beliau bukan lagi ahli parti
itu.
Susulan itu bekas Setiausaha Politik
Khalid, Faekah Hussin berkata, Mohamad Azmin tidak sepatutnya
menyalahkan Khalid yang hanya memberi respon sedemikian selepas disoal
pihak media.
“Jawapan Azmin menyerlahkan kegagalan pembangkang mencapai kata sepakat berhubung pembentukan Pakatan Harapan.
“Azmin nampaknya mahir dalam memainkan
peranan dan bermuka-muka, Azmin akur dengan telunjuk DAP dan Parti
Amanah Negara tetapi dalam masa yang sama berbaik-baik dengan PAS
semata-mata mahu mengekalkan jawatan Menteri Besar,” kata Faekah.
No comments:
Post a Comment