Sidang Media tergempar 12 Okt ,oleh Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin(Timbalan Presiden UMNO), Datuk Seri Safie (Naib Presiden UMNO),Tengku Razaliegh (Ahli Parlimen Gua Musang.
Wajar kah pimpinan UMNO ini kekal
dalam Parti keramat UMNO untuk membela rakyat sedang mereka tidak punya
Intergeriti dan Solidariti, menyatakan perasaan tidak senang dengan
penangkapan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan
peguamnya. Dan mempertikaikan 1MDB di bawah pentadbiran Perdana Menteri.
Khairuddin dan peguamnya Mathias
Chang sebelum ini telah memalukan negara dengan memfitna Perdana Menteri
mengenai isu 1MDB di beberapa buah Negara. Agenda mereka semata-mata
memburukkan pentadbiran Datuk Najib dan menginginkan turun dari takta
Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Mahathir mempertikaikan penahanan
Khairuddin di bawah Akta SOSMA,Sedangkan Peguam Negara telah menjelaskan
walaupun Khairuddin dan Mathias bukan di dakwa atas kesalahan SOSMA
tetapi definasi ” Kesalahan Keselamatan” jelas menunjukkan yang SOSMA
tidak terhad hanya kepada keganasan atau pengganas.
Mereka ada hak mempertahankan diri,
mencari peguam dan membela diri, ia bukan ISA di Zaman Mahathir, apa kah
rakyat mesti membenarkan individu yang terbukti ada rekod buruk sebagai
diktator merobek-robek sebuah kerajaan yang lebih terbuka berbanding
semasa pentadbirannya dulu? Tun Mahathir rekod menyalahgunakan ISA.
Dialah pengamal KKK iaitu Kolusi Korupsi dan Kroni yang paling teruk.
Dialah penyalah guna kuasa kerajaan sebenarnya. Itulah masalah Tun
Mahathir kerana ” Mahathir Sudah Lupa”.
No comments:
Post a Comment