Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Sunday, September 27, 2015

TUN MAHATHIR MOHAMAD KETAGIH KUASA PERDANA MENTERI.


pic saimoon 3
S.Zainuddin Hassan mantan penulis .sabahkini.net

Berbagai cerita berligar di media sosial hari ini, yang kisarannya tertumpuh menghentam Datuk Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Yang menghairankan isu dimainkan sumbangan derma dari Raja Arab RM 2.6 billion, sedangkan sedangkan logiknya wang di sumbangkan bererti bukan wang rakyat atau wang Kerajaan Malaysia.

Menyentuh soal kejatuhan ekonomi dan mata wang negara, ianya juga di salahkan atas salah Datuk Najib yang belumpun sampai 22 tahun mentadbir negara, berbeza dengan Tun Mahathir memerintah 22 tahun lama menjadi Perdana Menteri, dan ketika itu bermacam-macam yang berlaku terhadap malaysia dibawah pemerintahan T.M, termasuklah kegawatan ekonomi yang menyebabkan kejatuhan mata wang negara tahun 1997 – 1998. Ketika itu tidak ada seorang pun pimpinan majlis tertinggi umno mendesaknya turun dari jawatan Perdana Menteri, melainkan Datuk Anwar Ibrahim.

Sangat menariknya bekas Perdana Menteri yang akhir-akhir ini menjadi pengkritik hebat terhadap Datuk Najib Tun.Razak secara konsistan, hingga mengeluarkan kenyataan Datuk Najib mungkin akan di tangkap oleh ejen FBI. Dan selepas itu menyatakan semula kenyataannya itu berubah bahawa apa yang di katakannya hanya suatu kemungkinan berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa.
Bagi pandangan saya Tun.Mahathir ini sudah tidak berwibawa dan sudah nyayuk ,semua kenyataan nya bercangga selepas membuat tuntutan sensasi yang tidak berasas dan mempunyai fakta yang boleh di percayai rakyat yang pada hari ini perpendidikan serta berpengatahuan luas dalam melihat media alam maya yang kini hanya di hujung jari kita.

Seperkara lagi Tun Mahathir, tidak pernah menyebut isu Azmin Ali yang melaburkan sejumlah wang RM 30.billion milik negeri selangor atau lebih tepat lagi wang rakyat selangor kepada Syarikat DEIG yang belum beroperasi. Saya berangapan ada dua perkara kemungkinan T.M senyap, pertama Azmin Ali adalah anak angkatnya atau yang kedua, anak-anak T.M mungkin terlibat dalam Syarikat DEIG ini.

Sebagai Rakyat kita harus boleh membuat perbezaan mana yang benar atau perkara AUTA.

No comments:

Post a Comment