YB Mejar (K) Datuk Hj.Samsudin Yahya,Ahli Dewan Undangan Negeri N.43 Sekong yang juga merupakan Keua UMNO Bahagian Batu Sapi telah merasmikan Seminar Permata Hatiku Sayang DI Masjid Daerah Sandakan tengahari tadi.
Antara ucapan pendahuluan beliau,segala puji dan syukur kita rafatkan keharad Allah S.W.T, salawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW juga sekalian ahli keluarga banginda serta para sahabatnya.
Pada hari berkat dan mulia ini, kita dapat bersama-sama dalam satu majlis Ilmu pengetahuan iaitu "Program Seminar Permata Hatiku Sayang" yang amat bermanafaat untuk kita ketahui. Ini peluang yang amat bermakna, kepada masyarakat islam di Daerah Sandakan khususnya rakyat berbilang kaum di Negeri ini.
Kata YB Datuk, pendidikan dalam islam adalah perkara asas dan wajibke atas setiap islam, ia merangkumi semua aspek pendidikan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. ini adalah antara ciri-ciri islam dan kesempurnaan syariat dan ajaran islam suci. Fardu Ain di wajibkan keatas semua yang beragama islam mempelajarinya, pengetahuan memahami memudahkan kita melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan rasul nya. Manakalah Ilmu Fardu Kifayah jika ada sebahagian umat islam belajar, dan tahu melaksanakannya ertinya kewajipan berkenaan telah di tanggung bersama oleh mereka yang mempelajari serta melaksanakan tuntutan wajib keatas umat islam.
Menurut beliau lagi, umat islam terutama sebagai ibu bapa dan juga guru pendidik, ustaz / ustazah hendaklah memaksimakan peranan masing-masing sebagai pendidik , pemimbing dan guru yang ikhlas , insaallah apa bila setiap kita berfungsi menjadi pendidik terbaik, sebagaimana diri Rasullah SAW dan para sahabatnya menjadi model terbaik , melahirkan individu yang berakhlak mulia dan tinggi budi pekertinya...insaalah.
Kerajaan melalui perbagai dasar dan program seperti ICT peneraju pendidikan ,dasar keselamatan ICT, Pembangunan ICT Negara dan lain-lain lagi adalah bertujuan supaya umat islam dan rakyat mendapat pengetahuan dalam bidang teknologi alam maya, yang bersesuaian dengan seminar pagi ini oleh Ibu Elly Risman iaitu " CABARAN MENDIDIK ANAK DI ERA DIGITAL ".
YB Datuk, sebelum merasmikan program ini, beliau telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga penceramah Ibu Elly Risman yang di datangkan khas daripada Jakarta oleh pihak penganjur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah. Syabas dan tahniah juga di ucapkanYB Datuk kepada JHEAINS Sandakan dan seluruh jawatankuasa penganjur yang telah menjayakan program seminar permata hatiku sayang.
YB Datuk, sebelum merasmikan program ini, beliau telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga penceramah Ibu Elly Risman yang di datangkan khas daripada Jakarta oleh pihak penganjur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah. Syabas dan tahniah juga di ucapkanYB Datuk kepada JHEAINS Sandakan dan seluruh jawatankuasa penganjur yang telah menjayakan program seminar permata hatiku sayang.

No comments:
Post a Comment