Aditor Freesabahtoday.com
Mohon di siarkan .KELUHAN AJK PIBG SK.ST.GABREIL
SEKOLAH Jenis Kebangsaan ST.Gabreil pada
mulanya ditubuhkan oleh Persatuan Gereja-Gereja Kristian Sandakan dan
dibina di atas tanah persatuan, termasuklah pentadbirannya. Pada ketika
itu para pelajarnya tergolong dari kalangan anak-anak berbangsa Cina
yang kebanyakkan ibu bapa mereka adalah orang elit dan ternama serta
kaya raya. Setelah Sabah merdeka, sekolah unggul ini telah dibuka kepada
semua lapisan masyarakat, khususnya anak-anak bumiputera. Alhamdulilah
bila peluang ini dibuka, maka lahirlah anak-anak Bumiputera yang cerdik
dan pandai.
Hari ini, hampir 80% pelajar St.Gabreil terdiri daripada
anak-anak tempatan yang berketurunan Bumiputera Islam Sabah sehingga
menyebabkan sekolah tertua ini dinaik taraf daripada SRJK kepada SRK
St.Gabreil.
Malangnya, pencapaian rekod pelajaran
St.Gabreil ini tidak diiringi dengan penaiktarafan prasarana sekolah
kerana sejak sembilan tahun yang lalu, sekolah ini mengalami keruntuhan
bangunan kerana terlalu usang dan ketika itu di sahkan oleh JKR dan
Bomba tidak selamat untuk dihuni.
Senario malang tersebut telah
menyebabkan St Gabreil terpaksa ‘bersetinggan’ di SRK Sri Melanta Jaya
sehingga ke hari ini. Guru Besar St Gabreil bersama PIBG telah
mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mendapatkan kelulusan membaik pulih sekolah tumpang ini setelah dianak
tirikan sekian lama, namun sehingga ke hari ini, ketika pilihanraya mula
mengetuk pintu, belum ada sebarang berita diterima.
Kami mohon kerajaan
Barisan Nasional yang ada pada hari ini dan Wakil Rakyat Parlimen Batu
Sapi Datuk Linda Shen Thau Lin agar campur tangan dan mengambil tindakan
segera demi untuk menyelamatkan status sekolah unggul ini agar tidak
terjejas.
Persoalannya, kenapa Kementerian
Pelajaran mengambil masa terlalu lama, seolah-olah kerajaan BN yang ada
hari ini tutup mata sedangkan SK. Kg Bahagia (untuk Warga IMM13) dengan
secepat kilat boleh dinaik taraf menjadi sekolah tercanggih serta tapak
pembinaanya tersedia?
Penduduk Batu Sapi pada awalnya
menyokong tindakan kerajaan ketika itu, tetapi tidak bersetuju dengan
tindakan kerajaan hari ini sehingga telah menganak-tirikan sekolah yang
terdahulu daripada SK.Kg Bahagia. Secara logiknya kenapa perlu
SK.Kg.Bahagia ini dinaik taraf dan kenapa tidak sekolah SRK.Kg Gas yang
dinaik taraf sedangkan satu Sandakan tahu status Kg.Gas adalah
Perkampungan Bumiputra Sabah dan Kg. Bahagia ini adalah penempatan PATI
Filipina.
SAMPAI BILA ST GABREIL TERUS BERSETINGGAN? Written by Admin 27.Sep 2015.

No comments:
Post a Comment