Tindakan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang angkuh mahu putuskan
hubungan dengan PM yang juga Pengerusi BN kerana isu Himpunan Rakyat
Bersatu jelas satu signal ugutan oleh MCA .
Mereka merasakan jika parti mereka menjadi garang sikit dengan melawan
PM dalam isu himpunan Rakyat Bersatu, kaum Cina akan kembali menyokong
.
Sebenarnya MCA tak ada apa-apa sumbangan pun dalam BN selepas kekalahan
teruk di PRU13 dan mereka hari ini mendapat jawatan Menteri dan Timbalan
Menteri atas ehsan Najib .
MCA jelas parti hipokrit . Mereka marah himpunan Rakyat Bersatu tapi
himpunan BERSIH4.0 hina PM dan bangsa Melayu yang dihadiri majoriti
kaum Cina tak pulak kedengaran mereka bersuara dan membuat laporan Polis
.
Jika KP MCA Pasir Gudang mahu putuskan hubungan dengan PM , GPB cabar
Menteri mereka yang tidak bersama menyokong PM letak jawatan terutama
Timb Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda MCA .
Atau lebih bagus MCA keluar dari BN kerana parti itu hanya sleeping partner sahaja ..
Ini kerana mengikut kajian ahli akademik , senario menjelang PRU14 ..
kaum Cina tetap tidak menyokong BN dan menyokong DAP dan PKR .

No comments:
Post a Comment