Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Saturday, September 19, 2015

SALAH KAH DATO NAJIB TUN RAZAK MERANCANG PEMBANGUNAN DAN MEMBELA RAKYAT.

YAB Dato Sri Najib Tun Razak - mengambil keputusan mengambil kembali Busines IPP Kroni  erah Tun M yang sudah mendapat untung melebihi RM 50 Billion selama ini, kemudian  dimasukkan dalam Group 1MDB yang berupaya membantu Rakyat Malaysia. Adakah kerana beliau memberikan RM 43 Billion projek MRT kepada ratusan Syarikat Bumiputra juga  satu kesalahan.

Menaik taraf sestem cukai daripada SST kepada GST, yang secara logiknya tidak ada lagi peniaga terlepas dari membayar cukai dan hasil nya di salurkan kembali kepada rakyat melalui perbagai cara termasuk merancan pembangunan Negara dan modal insan. 

Seperti B1RM kepada golongan sasar bagi meringankan beban rakyat miskin, supaya boleh menikmati sedik sebanyak apa yang orang berkemampuan rasahi ini dapat dinikmati sama oleh rakyat kurang berkemampuan.

Mengwujudkan Kedai 1 Malaysia KR1M supaya rakyat kurang mampu boleh berbelanja dengan murah, dan meluluskan 12 lagi kampus baru UITM untuk anak-anak bumiputera dapat belajar dengan baik dan selesa ini juga menjadi kesalahan.  Merancang Transformasi Ekonomi kepada 1 juta rakyat Malaysia agar boleh mendapatkan pekerjaan itu menjadi kesalahan.

Adakah di sebabkan Dato Najib menerima derma dari Raja Arab RM 2.65 billion ini yang menjadi kesalahan hingga kita tidak dapat menilai wang negara (rakyat) dan wang sumbangan kepada Parti Politik . Sebelum Dato Najib menaiki taktah Perdana Menteri Malaysia , Perdana Menteri sebelumnya juga telah menerima wang sumbangan seperti yang di perolehi Dato Najib, bahkan hampir semua parti politik di Malaysia ini termasuklah Pembangkang juga memperolehi sumbangan dari luar atau dari dalam Negara, cuma perbezaannya Dato Najib secara terangan dan mantan PM dan Parti Pembangkang di sorok kan dari pengetahuan rakyat.

Ekonomi negara masih berkembang di kala ekonomi global sedang merudum Dato Najib di persalahkan, sedangkan punca merudum ekonomi ini berpunca dari pasaran global (Dunia) permainan Negara-negara besar. Dulu erah Tun Mahathir 1997 ekonomi negara juga pernah mengalami masalah yang sama, namun rakyat memberi peluang kepada Tun M . mengapa pula erah Dato Najib kita rakyat tidak mengambil ikhtibar yang sama.

Sebagai rakyat jangan lah kita butakan mata dan telinga dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang ,hingga terlibat dalam berhimpun Bersih 4.0 mendesak Perdana Menteri turun.  Apa perlu nya Tun Mahathir bersekongkol dengan orang luar seperti Claire Brown untuk membuat fitnah terhadap Perdana Menteri, apa perlunya Tun M turut serta dalam BERSIH 4.0  bersama musuh-musuh politiknya dan membuat orang-orang UMNO terguris hati. 

Kiranya Perdana Menteri Dato Najib turun dari Jawatan Perdana Menteri Malaysia tidak akan pembangkang melantik Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri bagi mengantikan beliau melainkan T.M hanya di jadikan kuda tunggangan mereka sahaja.  Matlamat pembangkang hanya untuk menghancurkan UMNO dan perpaduan orang-orang melayu seperti PAS kepada PAN.


No comments:

Post a Comment