Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Sunday, September 20, 2015

MCA PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP KETUA PEMUDA MCA PASIR GUDANG.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO membidas tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dengan alasan menyokong Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
 
Siapakah Ketua Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang itu untuk bertindak demikian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, menunjukkan seolah-olah beliau begitu hebat dan kuat sehingga beliau bercakap dengan begitu sombong.
 
Apakah beliau tidak sedar bahawa kedudukan MCA dalam BN sekarang adalah kerana ihsan Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi BN?
 
Sekiranya beliau mempunyai maruah dan tidak sealiran dengan konsesus di dalam BN, Pemuda UMNO menyarakan agar beliau keluar sahaja daripada MCA.
 
Beliau sepatutnya mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum berbuat demikian atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang mencabar pucuk pimpinan BN untuk bertindak, menunjukkan pemikiran beliau masih terlalu dangkal dalam politik.
 
Apakah beliau tidak sedar bahawa pada Pilihan raya Umum ke-12 dan 13 yang lalu MCA tidak membantu apa-apa kepada BN, malahan lebih selesa menjadi penumpang atau ‘sleeping partner’ yang tidak memberi apa-apa sumbangan kepada parti.
 
Malah dalam realiti hari ini juga, MCA semakin ditolak oleh rakyat tetapi apakah yang dilakukan oleh Chia Chow Hui ini untuk mengambalikan semula keyakinan rakyat kepada MCA dan seterusnya membantu kemenangan BN?
 
Apakah beliau tidak tahu bahawa perhimpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 16 September lalu mendapat kebenaran daripada Polis Dirajaya Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).
 
Malah perhimpunan itu juga berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian huru-hara, berbeza dengan siri Himpunan Bersih yang dianjurkan oleh pembangkang yang majoriti dihadiri oleh kaum Cina sehingga melakukan pelbagai provokasi termasuk memijak gambar pemimpin.
 
Apakah kaum Melayu dinafikan hak untuk mengadakan perhimpunan? Apakah kaum Cina sahaja yang boleh mengadakan perhimpunan dan layak untuk membuat pelbagai tuntutan tanpa mengambil kira sensitiviti bangsa lain sepetrti yang ditunjukkan pada Bersih 4.0?
Adakah beliau membuat apa-apa kenyataan apabila Ketua Pemuda MCA membenarkan ahli MCA menyertai perhimpunan haram tersebut?
 
Tindakan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang ini umpama duri dalam daging kepada BN dan perlu diambil tindakan tegas kerana perbuatan beliau itu boleh mengganggu-gugat perpaduan dan kekuatan dalam BN sendiri.
Saya mencabar budak mentah ini untuk menganjurkan perhimpunan yang mengumpulkan kaum Cina muda untuk menyatakan sokongan kepada MCA.
 
Saya kesal kerana beliau sepatutnya menggunakan saluran di dalam parti untuk menyatakan pendirian, bukannya membuat tindakan melulu secara membabi-buta begini melalui web portal propembangkang, menunjukkan beliau sebenarnya tidak tahu adab dalam berparti dan tidak tahu menghormati institusi.
 
Hakikatnya, BN tidak perlukan orang seperti ini! Sama ada dia perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu mengambil tindakan untuk menunjukkan solidariti terhadap BN dan juga kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pergerakan Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa


No comments:

Post a Comment