Salam sahabat2 yg dihormati,
Saya secara tegas nak nyatakan pada
Chia Chow Hui Pemuda MCA Pasir Gudang MCA yang buat kenyataan terbuka
pada portal Malaysiakini untuk putuskan hubungan dengan Pengerusi BN
kerana YAB Ds Najib nyatakan sokongan terhadap Himpunan Rakyat Bersatu
boleh terus letakkan jawatan beliau dalam pemuda BN.
Pada budak kecik bernama Cia Chow
Hui nyatakan himpuan tersebut rosakkan keharmonian kaum dalam negara,
saya nak tanya balik pada beliau bagaiman pulak himpunan
BERSIH sejak mula hingga kini. Beliau buta matakah apa yg membuat
kebangkitan rakyat bagi himpunan 16 Sept tersebut jika bukan kerana
BERSIH menghina, mencerca, fitnah dan aibkan pemimpin islam negara.
Kenapa beliau tidak berani keluarkan
kenyataan terbuka menentang BERSIH. Kalau sudah nyatakan tidak mahu ada
hubungan terhadap pengerusi BN, saya secara tegas desak beliau terus
letak jawatan dalam pemuda BN.
Saya nak tahu jugak apa yang Pemuda MCA sudah laksana untuk menambah
sokongan cina pada BN selain hanya kadi hero diportal sosial media. Bagi
saya secara terang rasakan ini hasil didikan Ketua Pemuda MCA yang
giler publisiti yang hanya tahu mencari kesalahan orang tanpa melihat
kelemahan pemuda MCA dibawah beliau , Ketua Pemuda MCA ibarat tong
Kosong.
Saya berdiri teguh bersama kepimpinan Barisan Nasional.
Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
No comments:
Post a Comment