Dengan tamatnya riwayat Pakatan Rakyat, Pas sebagai parti yang menunggu retak ,Manakala DAP dan PKR sedang cuba merai durian runtuh "keuntungan" daripada kehancuran PAS.
Daripada sebuah parti yang menjadi permata kepada pembangkang persekutuan dan ahli utama dalam Pakatan, akhirnya parti islam ini telah jatuh kembali ke akar politik sempit.
PAS memainkan peranan dengan memecahkan Pakatan selepas bertahun khabar angin tentang Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, DAP dan PKR telah banyak kali merugut apabila parti itu bertindak sendiri dan melanggar konsensus. daripada PAS bangkitlah Parti Amanah Negara seperti seekor harimau dan bersedia untuk memenuhi ruang yang di tinggalkan PAS dalam pakatan pembangkang yang baharu.
Amanah ditubuhkan oleh golongan progresif dalam PAS dan mereka yang telah meninggalkan parti itu selepas di singkirkan dalam pemilihan Muktamar PAS, ketika itu mereka berhadapan dengan taktik keras dari puak ulama yang kini berkuasa dalam kepimpinan PAS.
Pergelutan dalam PAS juga menyaksikan parti itu kehilangan sejumlah ahli parlimen kepada Amanah dan juga bekas rakan Pakatan mereka.
Adakah PAS dan UMNO akan meneruskan rundingan demi untuk perpaduan orang-orang melayu (Islam) ataupun turut serta dalam Komponen Barisan Nasional.
Lanjutan dari cerita ini akan kita saksikan dalam masa terdekat mengikut perkembangan Politik semasa tidak lama lagi.

No comments:
Post a Comment