Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Wednesday, September 2, 2015

BENAR KAH HIMPUNAN BERSIH 4.0 BETUL BERSIH.

Menteri Besar Selangor YAB. Azmin Ali turut serta dalam hinpunan BERSIH 4.0 untuk menuntut terhadap pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato Sri Najib Tun.Razak Perdana Menteri . Adakah benar Azmin Ali ini bersih atau juga sama seperti bapa angkat beliau terjangkit Virus Mudah lupa .

Azmin Ali menubuhkan sebuah Syarikat bernilai RM 2 ringgit baharu (Darul Ehsan invesment Group (DEIG), sedangkan ada 74 Syarikat GLC Kerajaan Negeri Selangor yang sebelum ini di bawah MBI kini berada dibawah pengurusan DEIG.

Menurut ADUN DAP ,Syarikat ini di tubuhkan dengan memiliki niat mengendalikan aset dan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri dan pengetahuan Rakyat Selangor serta pengetahuan rakan-rakan parti komponen pakatan yang lain. 

Menurut salah seorang ahli PKR yang mempertikaikan penubuhan 2 syarikat tersebut yang sudah menjadi pengetahuan umum, bahawa MB ini punya angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebab itu Azmin cuba menyalurkan dana kerajaan selangor kepada syarikat dua ringgit tersebut untuk dana Pilihanraya ke 14 akan datang. 

Keluhan rakyat yang tinggal di negeri selangor Menteri Besar Selangor ini mengarahkan pihak berkuasa tempatan mengenakan bayaran ke atas 32 jenis priemis yang sebelum ini di kecualikan  pembayaran di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam menaikan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan kampung baru, sungai buloh,kampung Baru Subang, kenaikan cukai mendadak ini adalah yang sangat zalim dan ianya hampir berlaku setiap tahun sejak mula PKR perintah hingga kini, kami menyifatkan kerajaan Pakatan Rakyat ini adalah yang sangat zalim berbanding kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Persoalannya mengapa , Anwar,Rafizi ,Ambiga dan media masa mereka tidak bertindak menyuarakan kalau betul mereka BERSIH.....

No comments:

Post a Comment