Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Wednesday, September 2, 2015

PERPADUAN PUNCA KEUTUHAN PEMERINTAHAN KERAJAAN BN.

Strategi yang sedang di praktikan dan sudah dilaksanakan oleh DAP untuk menguasai kita adalah dengan mengadu dumba orang-orang melayu dalam UMNO dan orang cina dalam KOMPONEN BN.

DAP berazam untuk menang dalam Pilihanraya ke 14 akan datang , untuk mereka menang perlu melakukan beberapa strategi seperti;-

Hancurkan perpaduan orang-orang melayu terlebih dahulu, sebab kalau melayu bersatu hati agenda DAP tidak akan terlaksana ,maka itu mereka terlebih dahulu pecahkan PAS kepada dua , akhirnya mereka berjaya  menaja Mat Sabu sebagai proksi mereka untuk menubuhkan Gerakan Harapan Baru, namun tidak di luluskan ROS, mereka beralih pula kepada Parti Amanah Negara sebagai jalan alternatif terakhir.

Kini DAP sudah tidak lagi percaya terhadap PKR ,sebab Azmin Ali punya agenda sendiri iaitu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan DAP berangapan bahawa PKR kini sudah tidak lagi popular di kalangan orang-orang melayu.

DAP sangat takut kepada agenda penubuhan 1MDB yang di ilhamkan YAB Dato Sri Najib Tun.Razak Perdana Menteri Malaysia, dimana 1MDB ini berperanan membantu bumiputera dalam perniagaan dalam sekala besar seperti Petronas yang banyak membantu kerajaan dan orang-orang melayu. Dan jika 1MDB ini berjaya dalam perancangannya membantu meningkatkan perniagaan bumiputera menjadi pesaing utama kepada kaum CINA maka 1MDB mesti dihancurkan dengan cara apa sekalipun ,termasuk mengubah persepsi negatif orang-orang melayu terhadap 1MDB sekaligus apapun yang dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional harus di label sebagai korupsi dan salah.

DAP perlu merekrut seramai mungkin pemimpin pelapis muda melayu bagi menghancurkan pimpinan utama UMNO khasnya Perdana Menteri hingga berjaya memfitnah dan menaikan kebencian dengan perpagai cara lain. antaranya siri BERSIH diteruskan dan memainkan peranan penyebaran slogan "ABU" Asalkan Bukan UMNO" dan " TURUN NAJIB", peranan ini di berikuasa penuh kepada MEDIA SOSIAL mereka iaitu Red Ben Army (RBA) untuk menyebarkan dan menanam kebencian kepada orang-orang melayu terhadap pemimpin Islam. 

Dana RM 2.6 Bilion ini yang telah di viralkan oleh RBA Media Sosial pembangkang kononnya adalah wang dari 1MDB adalah tidak benar ,Dana ini adalah sumbangan daripada negara timur tengah, bukan sahaja kepada negara malaysia akan tetapi kepada seluruh pemimpin negara-negara Islam seluruh Dunia.

GST juga amat ditakuti oleh DAP dalam masa jangka panjang kerana melalui GST ,Kerajaan akan dapat tahu keuntungan besar peniaga-peniaga kita yang tidak memilih kaum ,bangsa dan agama, dan hasil GST tersebut dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai cara pembangunan dan modal insan.   

Cara mereka agar orang-orang melayu memberontak terhadap GST yang di laksanakan Kerajaan mereka menaikkan harga-harga barangan keperluan harian kepada yang paling maksima supaya rakyat marah kepada Kerajaan, tidak cukup dengan cara ini DAP juga melancarkan anti kepada ahli perniagaan melayu seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary kononnya tajaan UMNO . 

Kebijaksanaan Perdana Menteri YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak,dalam merancang sosio ekonomi negara tidak perlu dipertikaikan, beliau mengambil perkiraan kepada semua aspik .

No comments:

Post a Comment