Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Wednesday, September 2, 2015

PENYAKIT MUDA LUPA TUN MAHATHIR " VIRUS PENYINGKIRAN"

Kritikan secara terbuka Tun Mahathir terhadap pentadbiran Dato Sri Najib, Perdana Menteri tidak mengejutkan penganalisis politik, dan para ahli akademik sebabnya mereka menganggap Tun Mahathir diusia hari ini punya masalah iaitu penyakit singkir menyengkir ( Virus Penyengkiran )yang terbawa-bawa ketika era pemerintahan beliau hingga ke hari ini. Punya penyakit ini dikesan ketika Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan terbuka, " Nasihat nya kepada pembangkang supaya terus bekerja keras menumbangkan Dato Sri Najib ,namun dalam masa sama harus mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional.

Disebabkan kritikan terbuka Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri ini lah punya rakyat berani mengkritik secara terbuka dan hingga berani memijak-mijak gambar pemimpin di depan khlayak ramai dan media, dan pihak pembangkang pula mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan demi serangan yang tidak henti henti terhadap kepimpinan DS Najib.

Pembabitan Tun Mahathir dalam gerakan menjatuhkan DS Najib Tun Razak bukan sesuatu yang baru kerana sejarah membuktikan  pemerintahan Tun Mahathir perkara yang sama pernah menimpa beberapa mantan pemimpin terkemuka UMNO sebelum ini antaranya Tun.Ghafar Baba, DS Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Walaupun T.M menafikan konon tidak terlibat mahu menjatuhkan DS Najib, ternyata jelas sekali bila dia menyertai himpunan BERSIH 4.0 ,beliau beria-ia ingin mengulingkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, dan berkata hanya dengan cara demontrasi sahaja boleh menjatuhkan DS Najib.


Di era pemerintahan Tun Mahathir tidak seorang pun yang berani menyuarakan bantahan yang sangat keras  termasuklah para pemimpin UMNO sendiri ataupun Pembangkang, kerana takut "akan berihat panjang" dalam tahanan ISA.


Krisis kejatuhan  ringgit malaysia hari ini.

Krisis kejatuhan nilai Ringgit Malaysia pada hari ini ,dibawah pentadbiran Dato Najib Tun.Razak sebagai Perdana Menteri adalah biasa dan serupa ketika krisis kewangan pada tahun 1998 dimana Tun Mahathir Muhamad selaku Perdana Menteri Malaysia.

Persoalannya kenapa T.M tidak memberi peluang kepada DS Najib untuk menyelesaikan krisis kejatuhan ringgit. dan bila di fikirkan secara logik T.M tidak ada kuasa melainkan dia punyai agenda untuk menyelamatkan anaknya Mukhriz dari  hanyut dalam arus arina politik Negara.


No comments:

Post a Comment