Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Tuesday, November 8, 2016

PROGRAM MEMBARA UMNO BAHAGIAN BATU SAPI.

S.Zainuddin Hassan

En.Hussin Nasip ,Ketua Penerangan UMNO Bahagian Batu Sapi telah mewakili YB. Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, bagi menerangkan isu-isu semasa dan sekaligus   menyempurnakan Program Membara Umno Bahagian Batu Sapi,  berlangsung di Balai Raya, Kg. Lupak Meluas Darat,  Jalan Batu Sapi.

Hadir sama En. Zulfikar Piting, Penolong Pengarah Jasa, Parlimen Batu Sapi, En. Jaafar Jakaria, Ahli Majlis MPS. Cik Khatijah Ebrahim, Naib Ketua Puteri, Tuan Haju Mansul  Aukasa, Pengerusi JKKK kampung,  Staff UPPM,  Ajk. Bahagian, Pemuda, dan Puteri Umno Batu Sapi.

Antara isu yang diterangkan kepada masyarakat setempat ialah perkara yang kini menjadi  viral di laman sosial oleh pihak pembangkang iaitu derma 2.6 billion kepada Perdana Menteri oleh anak Raja Arab, sedangkan dalam masa mereka juga menerima wang derma dari Soros untuk menghancurkan Negara Malaysia. Batu - baru ini juga Dato Sri Najib di fitnah dan di kaitkan dengan isu lawatannya beliau ke China baru-baru ini dituduh telah menjual Negara, Dato Najib telah menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui perjanjian bernilai lebih RM 140 billion yang ditandatangani dengan China semasa lawatannya minggu lalu. Perkara ini semua adalah palsu dan tidak benar, pihak pembangkang hanya tahu memburuk-burukkan Kerajaan yang ada ,persoalannya "Apa yang telah mereka beri kepada Negara dan Rakyat selama ini.".

No comments:

Post a Comment