Oleh Media UMNO
Sekong 29 Okt - YB Datuk Haji Samsudin Yahya,Ketua UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi yang juga ADUN N.43 Sekong hadir ke program pergerakan wanita umno batu sapi bagi menyempurnakan perasmian "Jalinan Rakyat" di Dewan Pak Kombat Kg Desa Permai batu sapi. Program Jalinan Rakyat ini telah memberi perubahan besar dan dapat
dilihat amat drastik dalam menyahut laungan transformasi oleh Presiden
UMNO merangkap Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul
Razak. Ini kerana pendekatan baru yang digunapakai ini lebih strategik bagi
menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan erat dikalangan rakyat berbilang kaum amnya di kawasan Parlimen batu sapi.
Jalinan Rakyat merupakan gerak kerja bersepadu yang menggabungkan
tenaga baru dan lama Wanita UMNO untuk bekerjasama semasa kempen-kempen
Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya. Program Jalinan Rakyat
kini menjadi platform kepada Wanita UMNO untuk bermuafakat dengan lebih
tersusun bersama sayap UMNO Bahagian batu sapi.
Anjuran Pergerakan Wanita Umno Bahagian kali ini memastikan gerak kerja yang lebih mantap dan teratur untuk memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 14 akan datang, Antara aspek yang ditekankan dalam program Jalinan Rakyat ini ialah.
- Menjalinkan jaringan dengan masyarakat setempat di kawasan Parlimen terutama dengan kumpulan sasar iaitu NGO, surirumah, profesional atau mana-mana individu dan lain-lain badan yang berpengaruh.
- Menyusun serta melaksanakan program yang berterusan berbentuk kemasyarakatan
- Menggerakkan jentera Pilihanraya Wanita Barisan Nasional secara bersepadu dan bancian sikap sistematik
- Menjuarai isu-isu Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan memberi khidmat nasihat dan bertindak membantu menyelesaikannya
Melalui Jalinan Rakyat, lebih ramai jentera dapat bertemu lebih ramai
rakyat di setiap kawasan. Melalui program ini juga, pemilih yang masih
belum berdaftar telah dapat dikesan dan didaftarkan sebagai pemilih
untuk pilihanraya yang akan datang.
Disamping itu juga, setiap
permasalahan rakyat di peringkat akar umbi dapat dikenal pasti di
mana ia membuka ruang yang lebih luas dan sistematik untuk membolehkan
bantuan disampaikan dengan lebih berkesan dan cepat.
Keberkesanan program ini telah terbukti apabila program-program yang telah disusun atur melalui Gerak Kerja "Jalinan Rakyat" dapat membantu Barisan Nasional memenangi Pru ke 13 yang lalu dengan cemerlang.
Syabas kepada Pergerakan wanita UMNO Bahagian Batu Sapi yang di Ketuai Puan Rahimah Binti Asrah atas usaha menjayakan program "Jalinan Rakyat" dengan lebih sistematik untuk memacu kemenangan Barisan Nasional pada PRU ke 14 akan datang.

No comments:
Post a Comment