July 11, 2016
Oleh Hafiz fst.
BATU SAPI – Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Batu Sapi Haji Firdaus Datuk Akhbar Khan dengan ditemani Ketua Wanita Puan.Rahimah Asrah dan Ketua Puteri Puan Hazulizah Mohd Dani, telah membuat kenyataan balas atas pengisytiharan Pg.Roslan Pg.Nasrun mantan Naib Ketua Umno Bahagian bersama 600 ahli Umno keluar dari parti kelmarin.
Ujar Firdaus, kepada sidang media 600 ahli Umno keluar parti adalah tidak benar dan ianya hanya kenyataan provokasi Pg.Roslan Pg.Nasrun, mengikut tinjauan dan rakaman gambar oleh rakan yang berada di majlis tersebut kebanyakan yang hadir adalah dari parti PKR dan SAPP serta masyarakat yang langsung tidak mengetahui pengisytiharan itu.
Tambanya lagi, keahlian umno di batu sapi seramai 23 ribu orang dan yang mengundi di Parlimen batu sapi seramai 16,000 orang, dimana significant bahawa umno batu sapi telah hancur.
Kenyataan Pg Roslan hanyalah gemek politik untuk mendapat perhatian media dan kalau benar seramai 600 orang ahli Umno batu sapi telah keluar parti sila nyatakan surat perletakan kepada Setiausaha UMNO Bahagian.
UMNO batu sapi akan terus kukuh di batu sapi dan kami semua akan terus menyokong kepimpinan Presiden UMNO YAB Datuk Sri Najib Tun Razak dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman serta Ketua UMNO Bahagian batu sapi YB Mejar (K) Datuk Haji Samsudin Yahya.

No comments:
Post a Comment