Artikel di terbitkan oleh NFST . Dato Deen.
BATU SAPI - YB Mejar Kehormat Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.43 Sekong pagi telah merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Dan Anugerah Cemerlang Gabungan Kelas Bina Insan Batu Sapi bagi Tahun 2015, di Hall Medan Selera Sandakan.
YB Datuk, mengucapkan tahniah kepada Puan Rozaimah Asrat,Penyelia kanan Bina Insan Daerah Sandakan bagi mewakili KEMAS Daerah, diatas komitmen beliau bersama KEMAS menganjurkan program khatam Quran hari ini.
"Ketika lawatan bersama Majlis Dakwah Dewan Bandararaya Kota Kinabalu yang di ketuai oleh Datuk Hj.Arifin Arif ke Beijing China, kami sempat menunaikan solat jumaat di sebuah masjid yang berusia 700 tahun di tengah-tengah bandar berkenaan Beijing, Khutbah yang di sampaikan mengunakan bahasa Arab, bayangkan agama islam ini berkembang di china,"
" Syabas juga kepada semua para peserta yang turut menyertai program Khatam Al Quran hari ini dari berbagai peringkat umur, menurut beliau lagi " Tuntut lah Ilmu hingga ke Negara China" mengapa orang tua kita berkata demikian kerana orang china lebih dahulu dari kita memeluk agama islam sejak ratusan tahun yang lalu, bayangkan penduduk China yang beragama islam lebih ramai berbanding penduduk Malaysia berjumlah 28 juta ini,"
" Menurut Datuk, menuntut Ilmu ini tiada batasnya, maka wajarlah program seperti ini di laksanakan semoga ianya akan memberi manafaat kepada semua yang menyertainya.


No comments:
Post a Comment