Spekulasi yang dimainkan oleh media blogger pro pembangkang yang sebelum ini telah melancarkan isu agar DS Najib turun dari jawatan Perdana Menteri ,himpunan BERSIH gagal ,kemudian timbul lagi isu kerajaan sementara akhirnya juga gagal dan kini isu yang di mainkan ialah, Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO dan Dato Shafei Afdal Naib Presiden akan di gugurkan pada mesyuarat MT UMNO yang berlangsung pada 9/9/2015 ,bila isu ini juga gagal dimainkan oleh media masa pembangkang untuk mengelirukan ahli-ahli umno supaya bertelaga sesama sendiri juga berakhir dengan kegagalan.
Selepas terjawapnya provokasi murahan ini, yang berakhir dengan tiada pemecatan terhadap dua pemimpin besar UMNO, mereka terpaksa memainkan isu putar belit bahawa DS Najib tidak berani mengambil tindakan untuk memecat dua pemimpin UMNO tersebut sebab konon takut UMNO akan berpecah dan kalah dalam Pilihanraya ke 14 akan datang.
Siapa sebenarnya yang sangat takut dalam isu pecat atau tidak Timbalan Presiden dan Naib Presiden ini, sudah tentu pihak DAP kerana mereka tidak ada modal untuk menghasut orang-orang melayu untuk berpecah belah, bila mana dua pemimpin besar UMNO ini kekal dalam jawatan masing-masing.
Syabas dan tahniah kepada Presiden UMNO Dato Sri Najib Tun Razak diatas membuat keputusan yang wajar dan dapat diterima oleh semua ahli UMNO.
Demi perpaduan dan ke utuhan UMNO kami sehati sejiwa tetap bersama pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.......
Daripada pejuang Barisan Nasional Batu Sapi.

No comments:
Post a Comment