Umnobahagianbatusapi.blogspot.com

Wednesday, August 26, 2015

AMK PKR DAN PEMUDA PAS NEGERI BERKECUALI DARI HIMPUNAN BERSIH 4.0.

Seorang rakan lama dalam AMK PKR Sabah telah menghubungi saya melalui telepon ,dan beliau telah menyatakan hasrat bahawa tidak akan mengambil bahagian dalam himpunan Bersih kali ini yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2015 di Tanjung Lipat Likas Kota Kinabalu. Keputusan ini juga seiring dengan Pemuda Pas Negeri kata rakan lama ini.

Katanya lagi ,mereka sudah cukup memberi muka kepada Dap selaku penganjur Bersih kali ini, tujuan mereka hanya untuk propaganda dan ingin menampakkan kepada rakyat bahawa mereka lebih diterima rakyat berbanding PKR dan PAS di Sabah. Bila Hukum Hudud di bentangkan oleh Pimpinan Pas ,Dinasty Lim dan pimpinan Dap membantah sekeras kerasnya terhadap HUDUD ,hinggakan menaja Mat Sabu menubuhkan satu Parti  Harapan Baru yang memecah belahkan ahli -ahli Pas dan pimpinan nya.



No comments:

Post a Comment